"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata"
21 Mei 2008
Sesaat Ku Sesali
selalu aku bertanya sendirian "adakah kesilapan masa lalu menjadikan aku insan yang amat menyedihkan?"yang bermain difikiranku hanya satu "ternyata kesilapan lalu tidak mungkin dapat aku tebus kembali tetapi bagiku setiap kesalahan pasti kita mampu untuk mengambil pengajaran". Sehingga kini aku tidak mengetahui dimana kedudukan aku disisimu dan dihatimu. aku pasrah dengan takdir. walaupun ku tahu diriku dipertaruhkan dalam keputusan yang ku buat sendiri. Segalanya ku ketahui walaupun kau menyembunyikannya dariku. Andainya kau mengerti betapa kusesali perbuatan lalu dan ku ingin kita kembali seperti dulu namun dihatiku meyakini kasih sayang yang pernah wujud antara kita semakin hambar dan pudar. walaupun kucuba meraih kembali hatimu namun aku tahu kau menyedari hakikat yang kau sembunyikan dihatimu. adakah kau menyakini kata hatimu? adakah kau rela atas setiap keputusan yang kau lakukan? Aku mengenalimu, dan aku percaya setiap yang kau ucapkan mempunyai maknanya tersendiri.. aku tidak pernah melupakan hakikat bahawa kita berbeda.. kerana apa dapat aku rasakan dan aku lihat kini hanyalah keterpaksaan didalam senyuman.... Aku hampir putus asa. Andainya kau bisa melihat jauh disudut hatiku. apa yang aku rasakan hinggakan aku berani mengungkapkan perkataan yang bisa menyedihkan banyak pihak. Pasti kau mengerti, namun aku terpaksa demi kebahgian kita, demi masa depan kita. Seperti tiada arah dan tujuan. Apakah maknanya membina perhubungan tanpa kerelaan dan kasih sayang serta kepercayaan. aku tahu kau insan kuat, terlalu banyak dilukai dan masih juga kau mampu tersenyum, namun ketahuilah apa yang kau lakukan hanya untuk dirimu sahaja dan bukan untuk kita..aku tahu kau tidak mau berkongsi suka dan duka denganku. aku tahu itu juga adalah disebabkan olehku..walaupun kucuba berulang kali meminta peluang namun kau tetap menafikannya....aku tidak pernah menyalahkan mu ataupun sesiapa kerna ianya atas kesilapanku sendiri. hanya aku memohon kepadamu sekiranya ku bukan yang kau inginkan, dan bukan ku yang ingin kau tatap sewaktu kau membuka matamu, menangis dan bersedih bersamamu...bisikkan ditelingaku agar kumudah menerima kenyataan itu. Agar mampu ku ubat lukanya..aku mengerti dan kutahu sehingga kini kau tidak bisa meninggalkan kebiasaanmu.. aku masih tertanya..."apa yang masih kau sembunyikan dihatimu?"...ketahuilah itulah bezanya kita.... dendam semalam tidak mampu memuaskan hasrat malah mengikis kepercayaan..dan aku masih percaya kau akan kembali seperti dulu saat kali pertama kita berkenalan..dan harapanku tak pernah pudar....maafkan aku jika apa yang terluah tidak seperti apa yang kau fikirkan kerana kita mengharungi situasi berbeda.. dan punyai pemikiran sendiri...maaf....dan ketahuilah yang aku sentiasa mengingatimu dan menyayangimu di setiap detik yang berlalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih sebab melawat dan komen di Blog saya