26 Mei 2008

Adakah Kita Mencinta Kerana Terpaksa


hari ini sama seperti hari-hari yang sebelumnya... hatiku masih seperti yang dulu. namun hari ini diriku banyak berfikir dan berfikir. sampai bila?? aku cukup merasa terkilan dan amat berkecil hati. apa yang kuharapkan masih lagi samar kelihatan cahayanya. masih lagi kabur.. menggigil seluruh jasadku memikirkannya.. ku pohon kepadamu.. ku merayu kepadamu sekiranya kau tak mampu untuk meninggalkan kebiasaanmu, tolonglah nyatakan padaku. aku sanggup melepaskanmu. aku tidak mahu ianya menjadi pertualang yang merosakkan hubungan kita. aku tahu aku bukan sempurna dan bukan seperti lelaki yang kau inginkan. maafkan aku sekiranya kau inginkan seorang insan yang bisa memahamimu selalu, selalu mencurahkan sepenuh perhatian kepadamu, ketahuilah aku bukan insan itu.. aku insan yang biasa, tiada keistimewaan dan aku hanya mampu menyayangimu sekadarnya aku mampu. aku tidak mampu menjanjikan kemewahan, aku tidak mampu menjanjikan kesenangan, namun aku mampu memberikan kasih sayang. dan menjagamu sebaiknya dan semampuku. maafkanku kerana tidak bisa memahamimu seperti yang kau inginkan dan sebagai orang lain memahamimu dan memberikan perhatian seperti orang lain memberi perhatian padamu. aku tahu mungin ada yang menyayangimu lebih daripada ku..... aku mengerti kedudukanku seperti helaian bulu burung yang menanti untuk ditiup angin. pergi jauh diriku dari hatimu.... aku ketahui kau tidak pernah bersikap jujur dengan hatimu tentang apa yang kau inginkan.. maaf betulkan aku sekiranya aku tersalah... aku mahu kau tahu setiap masa aku memikirkan kesudahan cerita kita. dan aku tahu apa yang akan terjadi akan datang ini mungkin tidak bisa mengubah hatimu. kau tahu aku bukan berasal dari keluarga yang bahagia dan aku cukup sesali perjalanan hidupku ini. aku tidak ingin apa yang ku bina terkubur separuh jalan... adakah kau tahu... apa yang terlintas dihatiku??? aku selalu mengharapkan kepada Allah S.W.T agar dapat ku undur kembali masa yang lalu agar dapat ku membetulkan kesilapan ku..dan seandainya ku terdaya ingin ku undur sehingga saat ku berkenalan denganmu supaya aku tidak mengenalimu agar kau tidak memaksa dirimu dan menyiksa dirimu menyayangiku dan menjadi suri hidupku dalam keadaan terpaksa, dapat kurasa dalam senyummu dan suara tawamu yang kau sedang berperang dengan perasaanmu.. kesedihan dan penyesalan.. dan kini kau terikat dengan ku dan terpaksa hidup denganku.. Sayang...lepaskanlah andai ku menyusahkanmu dan kiranya kau merasa terpaksa

Selanjutnya...

21 Mei 2008

Sesaat Ku Sesali

selalu aku bertanya sendirian "adakah kesilapan masa lalu menjadikan aku insan yang amat menyedihkan?"yang bermain difikiranku hanya satu "ternyata kesilapan lalu tidak mungkin dapat aku tebus kembali tetapi bagiku setiap kesalahan pasti kita mampu untuk mengambil pengajaran". Sehingga kini aku tidak mengetahui dimana kedudukan aku disisimu dan dihatimu. aku pasrah dengan takdir. walaupun ku tahu diriku dipertaruhkan dalam keputusan yang ku buat sendiri. Segalanya ku ketahui walaupun kau menyembunyikannya dariku. Andainya kau mengerti betapa kusesali perbuatan lalu dan ku ingin kita kembali seperti dulu namun dihatiku meyakini kasih sayang yang pernah wujud antara kita semakin hambar dan pudar. walaupun kucuba meraih kembali hatimu namun aku tahu kau menyedari hakikat yang kau sembunyikan dihatimu. adakah kau menyakini kata hatimu? adakah kau rela atas setiap keputusan yang kau lakukan? Aku mengenalimu, dan aku percaya setiap yang kau ucapkan mempunyai maknanya tersendiri.. aku tidak pernah melupakan hakikat bahawa kita berbeda.. kerana apa dapat aku rasakan dan aku lihat kini hanyalah keterpaksaan didalam senyuman.... Aku hampir putus asa. Andainya kau bisa melihat jauh disudut hatiku. apa yang aku rasakan hinggakan aku berani mengungkapkan perkataan yang bisa menyedihkan banyak pihak. Pasti kau mengerti, namun aku terpaksa demi kebahgian kita, demi masa depan kita. Seperti tiada arah dan tujuan. Apakah maknanya membina perhubungan tanpa kerelaan dan kasih sayang serta kepercayaan. aku tahu kau insan kuat, terlalu banyak dilukai dan masih juga kau mampu tersenyum, namun ketahuilah apa yang kau lakukan hanya untuk dirimu sahaja dan bukan untuk kita..aku tahu kau tidak mau berkongsi suka dan duka denganku. aku tahu itu juga adalah disebabkan olehku..walaupun kucuba berulang kali meminta peluang namun kau tetap menafikannya....aku tidak pernah menyalahkan mu ataupun sesiapa kerna ianya atas kesilapanku sendiri. hanya aku memohon kepadamu sekiranya ku bukan yang kau inginkan, dan bukan ku yang ingin kau tatap sewaktu kau membuka matamu, menangis dan bersedih bersamamu...bisikkan ditelingaku agar kumudah menerima kenyataan itu. Agar mampu ku ubat lukanya..aku mengerti dan kutahu sehingga kini kau tidak bisa meninggalkan kebiasaanmu.. aku masih tertanya..."apa yang masih kau sembunyikan dihatimu?"...ketahuilah itulah bezanya kita.... dendam semalam tidak mampu memuaskan hasrat malah mengikis kepercayaan..dan aku masih percaya kau akan kembali seperti dulu saat kali pertama kita berkenalan..dan harapanku tak pernah pudar....maafkan aku jika apa yang terluah tidak seperti apa yang kau fikirkan kerana kita mengharungi situasi berbeda.. dan punyai pemikiran sendiri...maaf....dan ketahuilah yang aku sentiasa mengingatimu dan menyayangimu di setiap detik yang berlalu.

Selanjutnya...

20 Mei 2008

10 Rahsia Persahabatan yang baik

10 KUNCI KEPADA PERSAHABATAN YANG BAIK

Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

Hargai pendapat satu sama lain.

Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

Belajar daripada satu sama lain.

Jangan mengata di belakang kawan anda.

Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.


Selanjutnya...

19 Mei 2008

Hakikat Sebuah Perkahwinan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?

cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat padahal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumahtangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Selanjutnya...

Jangan Menikah kerana.....


1. Jangan menikah kerna harta

Tidak ada gunanya hidup bergelimangan harta tanpa cinta. Harta dapat datang dan pergi setiap saat. "Cinta" yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.


2. Jangan menikah kerna perasaan asmara

Rasa tertarik, simpati, naksir, yang merupakan asmara yang sering disalah artikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara dapat cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.


3. Jangan menikah kerna rupa saja

Kecantikan yang diluar memang indah, tapi dapat luntur termakan umur. Utamakanlah kecantikan yang di dalam.


4. Jangan menikah kerna rasa kasihan

Hemang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar pemikahan. Kasihan dapat habis, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih, bukan kasihan


5. Jangan menikah untuk kepuasan sex saja

Memang sex suci dan penting dalam hubungan suami-istri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari pemikahan. Sex hanyalah salah satu bagian dari pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan sex akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.


6. Jangan menikah kerana paksaan keluarga

Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal nikah, kalau mereka memang salah dan anda benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.


7. Jangan menikah kerna desakan usia

Bila usia sudah menjelang senja dan rekan-rekan sudah berpasangan, orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita). Banyak orang akhimya "asal tabrak dan sikat." Hindarilah tindakan tersebut. Sab adah dan yakinilah bahwa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk anda. Jangan takut kehabisan jatah dan kadaluarsa.


8. Jangan menikah untuk membalas jasa

Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas, tapi jangan dengan pernikahan. Salah satu hal lain yang tidak boleh dilupakan, dan merupakan yang terpenting adalah jangan menikah tanpa pengertian dan persiapan dengan tindakan yang nyata.

- Menikahlah menurut pola rencana Tuhan - Daripada salah dan mengundang derita, lebih baik tidak menikah. Jika tidak diteguhkan oleh Tuhan.

Kerana Tuhanlah yang menciptakan manusia sepasang-sepasang.


Selanjutnya...

Renungan......

Bagi Isteri-isteri dan Bakal Ibu..



Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirkepada kamu(lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Woman was made from the rib of man,She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him.

Selanjutnya...